Friday, August 13, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 5

   Gamelan merupakan satu genre kesenian yang amat unik serta mempunyai sejarah perkembangan yang tersendiri dan menarik.Perkataan gamelan berasal dari perkataan Jawa,iaitu gamel,yang bermaksud dipukul atau ditabuh.Berdasarkan kuliah minggu yang ke lima yang lepas,terdapat dua jenis gamelan yang ingin saya kupas semula,iaitu Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa.Gamelan Melayu yang terdapat di Malaysia pada masa ini berakar umbi dari Riau Lingga dan telah melalui turutan sejarah yang panjang sebelum membentuk gamelan Melayu kini.Gamelan Melayu atau Gamelan Terengganu merupakan jenis gamelan yang mengiringi tarian utama.Gamelan Terengganu telah mendapat namanya berikutan susur galur sejarah gamelannya yang telah berhijrah dari Riau sehinggalah ke Terengganu.Perkahwinan diantara kerabat diraja Riau dan Pahang  seterusnya diantara kerabat diraja Terengganu dan Pahang telah meneruskan kesinambungan gamelan.Sultan Terengganu pada ketika itu,Sultan Zainal Abidin serta permaisuri Tengku Long telah bertanggungjawab dalam membawa gamelan ke Terengganu.Gamelan Melayu meniti zaman kegemilangan ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah serta permaisuri Tengku Ampuan Mariam.Minat yang amat mendalam keluarga diraja tersebut telah mengembangkan lagi kesenian gamelan ini.
    Alat atau instrumen yang terdapat dalam gamelan Melayu terdiri daripada instrumen berbentuk bilah,iaitu saron baron,saron pekin dan saron demung,yang tergolong dalam keluarga metalofon.Instrumen yang berbentuk bonang(gong) pula seperti gong ageng,gong suwuk kenong serta bonang.Gambang pula merupakan instrumen yang diperbuat daripada kayu.Instrumen membranofon juga terdapat dalam gamelan,iaitu gendang,atau kendang.Sistem tonal yang digunakan dalam gamelan adalah sistem skel pentatonik,dan bersifat polifoni,kerana dimainkan dalam satu ensembel.
   Gamelan Jawa pula agak berbeza dengan gamelan Melayu,meskipun terdapat banyak persamaan.Gamelan Jawa berasal dari jawa Tengah yang telah dibawa oleh orang-orang Jawa ketika zaman kolonial oleh penjajah asing.Ia dimainkan untuk mengiringi tarian utama seperti tarian Kifrah,tarian Kupu-Kupu,Serampi Lilin serta wayang kulit purwa.Skel yang digunakan juga berbeza dengan skel muzik Barat.Ia mempunyai skel tersendiri iaitu skel slendro dan pelog.GAmelan secara keseluruhannya mempunyai lapisan  atau tekstur polifoni kerana ia merupakan paduan bunyi dari pelbagai alat muzik gamelan yang dimainkan yang membentuk ensembel gamelan.
   Caklempong juga merupakan satu kesenian muzik yang amat menarik.Ia merupakan satu ensembel keluarga idiofon,aerofon dan membranofon.Ia telah dibawa ke Malaysia dari Sumatera seawal abad ke-14 oleh orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan.Ia terdapat di daerah Jelebu,Lenggeng dan Kuala Pilah.Caklempong juga dikenali sebagai Taklempong,Celempong dan Telempung.Alat muzik yang terdapat dalam ensembel caklempong adalah seperti gereteh,sauwa,tingkah,gendang,seruling dan bangsi.
   Gereteh merupakan instrumen muzik dari keluarga idiofon.Ia merupakan alat utama dalam caklempong,dan terdiri daripada 15 buah gong kecil yang disusun dalam dua barisan diatas pemidang.Ia memainkan melodi utama dalam lagi.Sauwa dan tingkah juga tergolong dalam keluarga idiofon.Ia terdiri daripada 8 buah gong kecil disusun dalam satu barisan sahaja.Ia memainkan ostinato dan kord.Gendang pula dari keluarga membranofon dan terdiri daripada gendang ibu dan gendang anak,dan ia dimainkan secara bertingkah dan terdapat juga secara unison.Serunai dan bangsi pula dari keluarga aerofon dan dimainkan secara tiupan.Sitem skel caklempong adalah dalam C Major,namun pada masa ini,ia juga dapat memainkan skel yang lain setelah modifikasi agar dapat dimainkan dalam ensembel kotemporari.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 GARRY Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template