Sunday, October 31, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 14

Salam sejahtera buat warga SMP2252 sesi 2010/2011.Selepas 14 minggu sesi kuliah yang telah pun berlalu,tibalah masanya untuk jurnal refleksi yang terakhir,iaitu jurnal bagi keseluruhan kuliah yang telah berlangsung.Sepanjang sesi kuliah bersama pensyarah SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia iaitu Encik Amran Bin Aris,telah banyak perkara yang telahpun berlaku.Sesi kuliah saya untuk subjek ini hanya bermula pada minggu ke 4 berikutan daripada masalah untuk menambah subjek dan masalah sistem online pada awal minggu kuliah.Walaubagaimanapun,akhirnya saya dapat mengikuti kursus ini selepas bertungkus lumus turun naik pejabat jabatan fakulti Muzik dan Seni Persembahan hinggalah ke Pejabat Bahagian Akademik di Bangunan Canselori.
Apabila kali pertama mengikuti sesi kuliah SMP2252 ini,iaitu pada minggu ke 4,kami terpaksa duduk di atas lantai kerana ruang bilik yang kecil.Sesi kuliah pada ketika itu dijalankan di Makmal Komputer FMSP.Persepsi saya terhadap Encik Amran buat pertama kalinya apabila mengikuti kelas beliau,saya berpendapat beliau seorang yang tegas dan garang.Walaubagaimanapun,setelah beberapa sesi kuliah bersama beliau,saya mendapati Encik Amran merupakan seorang pendidik yang sangat baik,serta banyak membantu kami dalam memahami kursus tersebut.
Minggu-minggu kuliah seterusnya berjalan dengan lancar.Pada minggu ke 4,kami didedahkan dengan informasi dan fakta tentang wayang kulit.Tajuk ini sangat menarik,dan kami juga telah menonton video-video tentang wayang kulit.Pada pendapat saya,adalah lebih baik jika dapat dipersembahkan secara "live" wayang kulit tersebut di hadapan pelajar,kerana saya kira,kebanyakkan pelajar tidak pernah menonton persembahan wayang kulit secara berdepan.Kuliah minggu 5 pula tentang gamelan dan caklempong.Pada akhir sesi kuliah ini,para pelajar sendiri dapat merasakan bagaimana memainkan alat ensembel gamelan.Ini sangat bagus kerana para pelajar dapat mengetahui bagaimana gamelan dimainkan,apakah ton yang dihasilkan,dan jenis-jenis lagu yang terdapat dalam ensembel gamelan.Kuliah minggu ke 6 pula tentang makyung dan kompang.Pada akhir sesi kuliah inin juga,kami telah berkesempatan untuk mencuba sendiri paluan-paluan kompang.Dengan adanya sesi praktikal sebegini,kami dapat tahu apa itu rentak inang,rentak masri dan apa itu paluan melalu,meningkah dan menyilang.
Minggu kuliah ketujuh hinggalah minggu ke 13 merupakan sesi pembentangan.Sepanjang minggu pembentangan dijalankan,semua kumpulan telah berjaya menyampaikan tajuk pembentangan mereka.Walaubagaimanapun,terdapat juga beberapa kumpulan yang tidak menyediakan output pembentangan mereka dengan baik.Saya berpendapat bahawa perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana untuk memberikan pembentanga yang baik,kita seharusnya faham akan isi pembentangan yang akan disampaikan,melakukan kajian yang menyeluruh,dan tidak membaca secara terus dari slaid ataupun teks.
Selepas minggu-minggu pembentangan,akhirnya tiba minggu yang terakhir iaitu minggu ke 14.Saya telah mengikuti kelas untuk kumpulan B,iaitu pada hari Rabu kerana terlibat dengan persembahan Komposisi pada hari Isnin.Kuliah untuk minggu tersebut menyentuh tentang tajuk Tarian Singa,yang saya kira sebagai satu kesenian yang sangat unik dan lain daripada kesenian tradisional yang terdapat di Malaysia,mahupun seluruh dunia.Kesenian sebegini harus ditonjolkan lagi agar dapat dihargai oleh masyarakat kita.Pada akhir sesi kuliah,sesi mengambil gambar telah diadakan.Semua pelajar telah bergambar bersama Encik Amran.Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah SMP2252,Encik Amran bin Aris kerana telah berjaya membimbing kami sepanjang 14 minggu kuliah.Kini saya lebih menghargai muzik-muzik tradisional yang terdapat di Malaysia dan akan terus mendalami kesenian-kesenian sebegini.Kepada Encik Amran dan rakan-rakan seperjuangan yang lain,semoga berjaya dan hargailah muzik tradisi kita.Sekian.

1 comments:

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 11:58 PM said...

good luck to u garry.....

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 GARRY Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template