Wednesday, October 20, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 13

Sesi kuliah untuk subjek SMP2252 Muzik Tradisional semakin menghampiri penghujungnya untuk semester ini.Untuk jurnal kali ini,tidak banyak yang dapat saya huraikan berikutan pada sesi kuliah yang lepas,ujian lisan telah diadakan.Ujian dijalankan sebaik sahaja semua pelajar sampai ke kelas.Pensyarah telah memainkan audio yang diulang sebanyak dua kali dan para pelajar dikehendaki untuk menjawab soalan yang diberikan berdasarkan audio yang telah diperdengarkan.
Berakhirnya sesi ujian tersebut,pensyarah muzik tradisional SMP2252,Encik Amran bin Aris telah menerangkan sedikit sebanyak tentang gendang 24 musim,satu kesenian muzik yang berasal dari negara China.Melalui penerangan Encik Amran,saya mendapati bahawa gendang 24 musim merupakan satu kesenian yang baru bertapak di Malaysia,yakni ia bermula di negara kita pada tahun 1988,yang telah dipelopori oleh seorang guru muzik dan mendiang Encik Tan Chai Pan.Sehingga kini,gendang 24 musim semakin popular di negara kita dan ianya juga sering dipersembahkan dalam pelbagai acara-acara besar seperti Karnival Citra Warna Malaysia,Pesta Flora Malaysia,dan sebagainya.
Pelbagai output menarik yang saya perolehi daripada sesi kuliah tersebut dan penerangan daripada Encik Amran tentang gendang 24 musim itu telah menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesenian muzik tersebut.Sekian.

1 comments:

~cikshue~ on October 30, 2010 at 11:01 PM said...

saudara perlu meletakkan video supaya penerangan tersebut lebih jelas..sekian..

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 GARRY Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template