Wednesday, October 20, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 12

Salam sejahtera.Jurnal refleksi bagi minggu yang ke 12 akan mengimbas kembali perjalanan kuliah bagi minggu tersebut.Dua kumpulan telah membentangkan dua buah tajuk yang saya kira amat menarik untuk dibincangkan,iaitu Opera Cina dan Po Te Hi,serta Muzik tradisional Sabah dan Sarawak.Pembentangan pertama telah membincangkan tentang Opera Cina dan Po Te Hi.Pembentang lebih banyak  memfokuskan kepada struktur Opera Cina manakala untuk Po Te Hi pula,input yang saya perolehi daripada kumpulan ini sangat sedikit.walaubagaimanapun,kumpulan ini telah berjaya memberikan contoh-contoh video yang baik dan memberikan saya sedikit sebanyak tentang Opera Cina yang terdapat di Malaysia.Kumpulan ini juga saya rasa telah berjaya membuat satu kajian lapangan yang amat baik,di mana mereka telah menemu bual salah seorang pensyarah di Aswara tentang Opera Cina dan Po Te Hi.Melalui pembentangan mereka juga,dapat saya simpulkan bahawa Po Te Hi merupakan versi opera cina yang lebih mini,kerana hanya melibatkan penggunaan props yang kecil,bilangan kru yang lebih sedikit untuk mengendalikan patung sarungan jari ataupun puppet.
Kumpulan yang seterusnya pula telah membentangkan tentang muzik tradisi Sabah dan Sarawak.Saya merupakan penduduk asal bagi negeri Sarawak dan saya rasakan pembentangan yang  kumpulan ini telah sampaikan kurang mencakupi skop muzik di Sarawak.Kumpulan ini seharusnya mencari lebih banyak maklumat yang saya kira banyak terdapat dalam internet.Begitu juga dengan skop muzik Sabah.Saya dapati kumpulan ini lebih banyak membincangkan tentang tarian yang terdapat di Sabah berbanding tema muzik yang terdapat di Negeri Di Bawah Bayu tersebut.Walaubagaimanapun,saya mengucapkan syabas kepada kumpulan tersebut kerana dapat menyampaikan secara asasnya tentang muzik tradisional yang terdapat di Sabah dan Sarawak.Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 GARRY Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template