Salam sejahtera.Jurnal refleksi bagi minggu ke sebelas kali ini akan mengimbas kembali tentang pembentangan yang telah dijalankan pada sesi kuliah yang telah berlangsung pada hari Isnin yang lepas.Bagi sesi pembentangan kali ini,pembentangan tentang muzik Ghazal telah dipersembahkan,yakni ini merupakan pembentangan kali kedua bagi kumpulan tersebut untuk tajuk yang sama.Untuk pembentangan kali kedua kumpulan ini,saya dapati lebih banyak input-input yang mereka berikan dan sertai dalam pembentangan,berbanding dengan pembentangan pertama mereka pada minggu yang ke tujuh.Walaubagaimanapun,masih terdapat kekurangan dalam pembentangan mereka untuk kali kedua ini.Saya mendapati bahawa terdapat kesalahan penggunaan istilah yakni "by hard" yang sepatutnya adalah "by heart".Penggunaan istilah tersebut merujuk kepada pemain muzik yang memainkan instrumen muzik tanpa merujuk mana-mana nota muzik dan cuma bermain berpandukan gerak hati dan improvisasi kendiri.Slide yang disediakan juga masih mempunyai kekurangan dan kesilapan yang mana saya kira harus diambil berat kerana audien boleh terkeliru dengan output-output yang agak sukar untuk difahami dan susunannya pula kurang jelas.Walaubagaimanapun,saya ucapkan tahniah kepada kumpulan ini kerana telah menjalankan satu kajian lapangan yang amat baik untuk tajuk Ghazal Parti dan ini telah menunjukkan kesungguhan mereka dalam melakukan kajian dan mencari maklumat.Pada akhir sesi kuliah juga,kami telah disertai oleh para pelajar dan guru pelawat dari sebuah sekolah yang datang melawat dari Melaka.Kunjungan tersebut ternyata telah menguji para pembentangan yakni para pelajar dan guru telah menyoal pembentang berkaitan dengan tajuk pembentangan.Syabas juga saya ucapkan kepada para pembentang kerana telah berjaya menjawab soalan-soalan yang diajukan.Sekian.
1 comments:
Post a Comment