Friday, October 1, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 10

Jurnal refleksi kali ini akan mengimbas kembali kuliah SMP2252 Muzik tradisional  bagi kumpulan hari Isnin bagi minggu yang ke 10.Pada kuliah tersebut,2 pembentangan telah dijalankan tentang muzik tradisional yang terdapat di Malaysia.Saya sendiri telah membentangkan tajuk Muzik dan Orkestra Klasik India bersama dengan rakan sekumpulan saya yang lain iaitu saudara Justersan,saudara Abdul Qayyum dan saudara Sumiran.Kami adalah kumpulan yang pertama untuk membentang pada hari tersebut.
Pembentangan kami pada dasarnya adalah tentang muzik India yang terdapat di Malaysia.Secara umumnya,muzik India yang terdapat di Malaysia pada hari ini merupakan kesinambungan dari kronologi yang panjang,yang berasal dari negara India.Pembentangan pertama iaitu saudara Qayyum telah membentangkan tentang sejarah muzik India di Malaysia dalam mana bagaimana ia telah sampai di Malaysia dan seterusnya berkembang menjadi sebahagian daripada tradisi Malaysia.Pembentangan seterusnya pula telah disampaikan oleh saya sendiri tentang alat-alat muzik India.Saya membentangkan alat-alat muzik yang digunakan oleh masyarakat India di Malaysia seperti ghatam,mrdangam,nadaswaram dan thavil.Walaubagaimanapun,kekurangan bahan telah menyebabkan saya gagal untuk menerangkan tentang alat-alat muzik yang lain yang terdapat di India.Seterusnya pula adalah pembentangan dari saudara Justersan tentang cara muzik India dimainkan dan pembentangan terakhir adalah dari saudara Sumiran.Kekurangan bahan dan sumber menyebabkan pembentangan kami banyak tercicir maklumat penting tentang muzik India.

Pembentangan seterusnya adalah tentang muzik Orang Asli di Malaysia,yakni telah disampaikan oleh saudara Afzan,saudara Juan Prima dan saudara Fariq.Melalui pembentangan yang telah disampaikan,saya mendapati bahawa pembentangan mereka menjurus kepada muzik Orang Asli suku kaum tertentu sahaja.Melalui pembentangan mereka juga,saya mendapati muzik Orang Asli yang dibicarakan pada pembentangan tersebut bertujuan untuk mengubati penyakit atau menghalau roh-roh jahat.Alat-alat muzik yang digunakan juga majoritinya diperbuat daripada buluh,yang digunakan dalam upacara kaum Orang Asli tersebut.Syabas saya ucapkan kepada kumpulan tersebut kerana sedikit sebanyak dapat memberikan saya informasi dan maklumat tentang kesenian muzik suku kaum Orang Asli di Malaysia.Walaubagaimanapun,kekurangan sumber dan bahan juga telah menyebabkan pembentangan kumpulan tersebut terhad kepada skop sesetengah suku kaum Orang Asli sahaja.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 GARRY Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template