Salam sejahtera. Untuk jurnal refleksi kali ini,saya akan membincangkan kembali tentang pembentangan dari dua kumpulan yang telah membentangkan tajuk masing-masing pada kelas minggu ke sembilan.Pembentangan yang pertama adalah tentang muzik ghazal di Malaysia.Pada pemahaman saya,berdasarkan pembentangan kumpulan tersebut,muzik ghazal di Malaysia berasal dari Timur Tengah, secara amnya dan dari Parsi khususnya.Ghazal di Malaysia merupakan nyanyian puisi bertemakan cinta.Terdapat dua jenis kesenian ghazal di Malaysia,iaitu ghazal Parti dan ghazal Johor.Ghazal Parti terdapat di bahagian utara Malaysia manakala ghazal Johor sudah tentu terdapat di Johor.Ghazal Parti di bahagian utara Malaysia lebih bercorak komedi dan muzik ghazal yang dimainkan mengiringi persembahan lawak slapstick.Rentak irama ghazal Parti juga lebih kepada irama padang pasir dan terdapat juga irama hindustan.Ghazal Johor pula lebih puitis dan berentak lebih perlahan.Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik ghazal adalah seperti gambus,akordion,biola,duff, dan gendang.Pada masa ini,ghazal moden telah diiringi dengan alat muzik moden,disamping alat muzik yang saya nyatakan tadi.Alat muzik moden tersebut adalah seperti dram,gitar bass dan gitar elektrik.
Kumpulan seterusnya pula membentangkan tentang Opera Cina dan Po Te Hi.Walaubagaimanapun, pembentangan kumpulan tersebut terpaksa dihentikan awal kerana sumber maklumat yang meragukan dan sukar untuk difahami.Kesimpulannya,untuk minggu ke sembilan,saya dapat memahami sedikit sebanyak tentang muzik ghazal di Malaysia dan buat kumpulan yang membentangkan Opera Cina dan Po Te Hi,semoga kalian dapat mencari sumber maklumat yang lebih baik dan menghasilkan pembentangan yang lebih baik pada masa yang akan datang.Sekian.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment