Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia semuanya.Pada jurnal refleksi kali ini saya akan mengimbas kembali tentang kuliah minggu ke lapan yang telah berlansung.Pada minggu ke lapan yang lepas,pembentangan tentang kesenian Boria telah dikupas dan dibentangkan.Terdapat tiga slot pembentangan pada minggu kelapan,dimana tiga orang pelajar peserta kursus SMP2252 telah membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.Kumpulan tersebut sepatutnya diwakili oleh lima orang pelajar tetapi dua daripadanya tidak dapat hadir atas sebab-seba tertentu.
Slot pembentangan yang pertama telah disampaikan oleh saudari Munirah bt. Awani,iaitu berkaitan dengan pengenalan dan tentang latar belakang boria.Saudari Munirah telah menerangkan dengan teliti pengenalan tentang boria.Menurut pembentangannya,boria merupakan seni teater muzikal yang popular di utara tanah air,terutamanya di Pulau Pinang,dan ia berasal dari peristiwa Karbala.Ia berasal dari Parsi(Iran) dan telah dibawa secara berperingkat hinggalah ke Pulau Pinang.Boria mengandungi dua segmen iaitu segmen lakonan dan nyanyian.Lakonan dipersembahkan terlebih dahulu sebelum nyanyian kemudiannya disampaikan oleh tukang karang dan diiringi oleh para kelasi.
Slot pembentangan kedua pula telah disampaikan oleh saudari Noorzarina bt. Maulot,iaitu tentang organisasi kumpulan boria,persembahan,dan alat muzik yang digunakan.Pada masa dahulu,kumpulan boria memiliki satu kumpulan yang besar,yakni dalam 40 hingga 60 orang.Pada ketika itu juga,kumpulan boria ditaja oleh tauke-tauke(orang kaya) untuk membuat persembahan.Persembahan yang dibuat pula terdiri daripada dua segmen,iaitu lakonan dan nyanyian.Pada segmen pertama,lakonan lawak jenaka akan dipersembahkan.Lakonan jenis slapstick akan dipersembahkan oleh beberapa orang pelakon,sebelum kumpulan penyanyi akan mengabil alih pentas selepas tamat lakonan.Nyanyian akan diketuai oleh tukang karang dan disertai oleh penyanyi korus seramai 30 hingga 40 orang.Alat muzik yang digunakan pula adalah seperti tabla,gambus,marwas,biola,dan akordion.
Slot yang ketiga dan yang terakhir telah disampaikan oleh saudari Nurul Farhana bt. Ibrahim.Pembentangan yang disampaikan adalah tentang lakonan,nyanyian dan boria masa kini(kontemporari).Pada masa dahulu,boria yang dipersembahkan adalah untuk mengingati peristiwa Karbala.Apabila telah sampai di Pulau Pinang,boria telah berasimilasi dengan budaya tempatan dan boria telah menjadi suatu persembahan.Temanya pula adalah pelbagai.Boria masa ini mengutamakan tema memberi nasihat,isu semasa,dan sebagainya.Semasa persembahan boria,pada peringakat mula,salam akan diberi,dan kemudian lakonan dan nyanyian akan disudahi dengan bait-bait meminta maaf dan memohon untuk mengundur diri.
Kesenian boria telah berkembang dari peringkat awal di Parsi,sehinggalah ke Malaysia.Sentuhan-sentuhan kontemporari telah memberikan kesenian boria lebih bervariasi dan menarik untuk kita dalami.Iringan muzik moden dalam persembahan boria merancakkan lagi suasana dan pastinya membuatkan kita teruja.Syabas juga saya ucapkan kepada kumpulan yang membentang pada minggu ke lapan.Hasil pembentangan anda sangat memuaskan dan berjaya memberikan saya informasi tentang kesenian boria.Akhir kata,salam muzika,selamat Hari Raya!
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment