Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Pada minggu yang ke 7,telah berlangsungnya sesi pembentangan yang telah dijayakan oleh dua kumpulan mengenai dua tajuk yang saya kira amat menarik.Pembentangan yang dijalankan telah membincangkan tentang tajuk sejarah muzik tradisional Malaysia serta tajuk Zikir.
Pembentangan dari kumpulan pertama mengenai sejarah muzik tradisional di Malaysia telah memberikan pelbagai input-input yang baharu dan penting kepada saya.Melalui pengamatan saya terhadap pembentangan kumpulan ini,sejarah muzik tradisional Malaysia bermula sejak penghijrahan masyarakat purba dari tanah besar Asia ke Nusantara.Turut dibawa dalam penghijrahan ini adalah alatan muzik kuno,dan yang pertama dipercayai telah wujud adalah alat tiup seruling yang diperbuat daripada tulang.Perkembangan muzik di Malaysia pada zaman dahulukala seterusnya dipengaruhi oleh faktor kedatangan pengaruh kuasa luar seperti dari India dan China.Kedudukan Malaysia yang merupakan tumpuan perdagangan pada zaman dahulu telah membawa masuk juga pengaruh muzik dari luar.Kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga telah mempengaruhi kesenian muzik yang telah sedia ada wujud di Tanah Melayu.Begitu juga dengan kesan penjajahan kuasa asing seperti Portugis,Belanda dan Inggeris pada abad-abad seterusnya.Kesemua ini telah menambahkan variasi dan kesenian kesinambungan muzik yang telah membentuk muzik tradisi kita pada hari ini.
Kumpulan yang kedua pula telah membentangkan tentang kesenian Zikir.Masyarakat Islam berzikir untuk mengingati Allah s.w.t.Melalui pemahaman saya terhadap apa yang telah dibentangkan,zikir dijalankan melalui dua kaedah,iaitu zikir Qalbi dan zikir Lisani.Kaedah zikir Qalbi adalah berzikir secara dalaman atau dalam hati sahaja,manakala zikir Lisani merujuk kepada zikir yang dilakukan dengan lidah,ataupun secara lisan(luaran).Sejarah zikir ini di Tanah Melayu pula telah datang sejak tibanya pengaruh agama Islam pada abad ke 7.Semenjak itu,zikir telah mengalami proses evolusi sesuai dengan gaya hidup masyarakat Islam di Tanah Melayu.Zikir dari segi muziknya juga amat menarik dan terdapat perbezaan bagi zikir-zikir yang terdapat di seluruh dunia,sama ada melalui cara pembawaannya,serta cara zikir tersebut dijalankan.
Pada pendapat saya,kedua-dua kumpulan yang telah membuat pembentangan pada minggu ke 7 telah berjaya menyampaikan isi-isi kandungan pembentangan dengan berkesan dan menarik.Output-output dari kedua-dua kumpulan juga amat menarik dan berjaya memberikan saya pemahaman yang mendalam tentang sejarah muzik tradisional di Malaysia dan Zikir.Syabas dan tahniah diucapkan buat kedua-dua kumpulan.Sekian,hargailah dan cintailah muzik tradisi kita.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment